Saturday, February 21, 2009

keMALANGan..

Mangsa angkut.
Sebelum tu.. ini adalah angkut..

angkut adalah van yg telah di'alter' utk mengangkut org, lbh efisien dr bas.

Nama: Fatini
Tragedi: Angkut langgar dari belakang
More: Disebabkan oleh cara jalan zigzagnya, elok je mula-mula dia kt kiri, dia pegi ke kanan, "BANG!!!" da kena langgar dgn angkut. Nasib baik xde pape yg teruk.
Nasihat: Jangan jalan sebelah Fatini, takut nanti masuk longkang atau kena langgar plak, dan jangan jalan belakang Fatini sebab secara x langsung korang akan berjalan zigzag sebab nk ngelak dia.

Nama: Champ
Tragedi: Jatuh dari angkut
More: Angin xde ribut pon xde just hujan je, tiba-tiba je jatuh masa nk turun angkut. Semuanya sebab makcik 2 orang yg penuh dgn brg2nya xnk beralih masa org nk turun, menyebabkan sebelah kaki stuck dan sebelah lagi melompat dgn konfidennya. Nasib baik la angkut tu da berhenti statik.
Nasihat: Jangan gelak kt org yg jatuh angkut, nanti korg pulak yg kena, dan pastikan kaki korang x stuck kt mane2 sebelum turun angkut dengan konfiden.

Mangsa motor.

Nama: Tiqah
Tragedi: Die yg langgar motor
More: Xtaw la camne dia dapat mengagak jarak dan kelajuan motor, dia konfiden dapat lepas melintas sebelum motor tu sampai. Tiba-tiba, "BANG!!!" dan dia tengah duduk bersimpuh kt tengah jalan tu menyebabkan org yg bwk motor tu terkejut. Serta merta, dia bangun, tersenyum dan jalan dgn lajunya meninggalkan kitorg dan org yg bwk motor tuh.
Nasihat: Jangan jadi seperti ayam, ayam xboleh nak bajet jarak. Street smart!

Mangsa basikal.

Nama: Nani (bobo)
Tragedi: Basikal nk langgar seb bek sempat elak..
Komen: no komen~~

Mangsa cermin.

Nama: Champ
Tragedi: Terhantuk cermin kat ice rink.
More: Mungkin terlupa yang ice rink tu bukan lah open air. Dengan lajunya dia menuju ke tepi ice rink dan berjaya meng'grab' palang tetapi kepalanya melantun ke belakang. Nasib baik x sakit sangat sebab berlaku dgn cepat dan impulse yg dikenakan rendah. Just makcik yg kt luar ice rink nmpk terkejut sebab terjadi kt depan mata dia sendiri.
Nasihat: Make sure sebelum berpaut kt palang, kepala mesti kebelakang or main ice-skating kt tempat yang open air.

Mangsa menyampuk x bagi salam.

Nama: Ikin
Tragedi: 71 dan pukul 1
More: Berlaku on the blk rumah lepas tgk result bio.
Azwa: Mira, bio ko dpt brpe?
Mira: 71
Ikin : Ak pon tdo pukul 1 pg td.
Nasihat: walaupun muka terasa tebal, tp kna pndai cover. sebelum menyampuk make sure dgr betul, nk2 lg pd wktu siang di mne org boleh nmpk...

Nama: Nani (mama)
Tragedi: 8 ratus dan 7 orang
More: Mase tgh tunggu angkut nk pegi Futsal Arena.
Ji: Kt Tnh Abg ko abes brpe??
Azwa: 8 (ratus ribu)
Mama: Eh, bukan 8 r. Kite kn 7 org je yg pegi.
Nasihat: Walaupun berlaku pada wktu mlm di mne org xnmpk dan x brpe nk dgr, selepas menyampuk dgn confidentnya, pastikan org x cm spe yg bersuara. seperti di atas, dgr btol dari A smpai Z.

Kesimpulannya, manusia memang malang.

Yang malang,
Champz the great.

Tuesday, February 10, 2009

Rumah Sakit Gelak Laju-Laju

Staffs’ profile.

Nama: Dr. Fatini

Jawatan: Penasihat RS, kepala ER,OR,RS

Speciality: Surgeon

Tugas: Mempastikan RS GLL terurus teruss (mandur), meluluskan sgla mcm operasi

Part time: Ahli Bomba, host sukan bahan org.

Hobi: Memerhati, mengutuk dan membahan org (x berempati..),

Keistimewaan: Kepalanya penuh dengan idea-idea dari idea yg bijak hinggalah ke idea yg bodoh, cara jalannya sangat unik iaitu zigzag (membuatkan org yg berjalan dibelakangnya agak berapi)

Ciri-ciri: Agak besar, agak kuat (hanya menggunakan 5% tenaga untuk menolak org dgn sengaja), paling lemah-lembut antara staf2 yg lain…sesuai la jd surgeon


Nama: Dr. Shamsiah

Jawatan: Pengarah RS

Speciality: Neurology

Tugas: Menguruskan RS, membantu pasien yg mengalami masalah saraf.

Part time: Electrician, mem’baik’i alat-alat elektronik, mendownload.

Hobi: Mencari gaduh dengan kepala RS atau dengan penolongnya sendiri.

Keistimewaan: Expert mengenai saraf-saraf yang terdapat dalam tubuh, boleh berhenti gelak secara tiba-tiba.

Ciri-ciri: Kecil sedikit berbanding kepala RS, tidak lembut & tidak kasar, allergic pada kepala RS tapi boleh bekerjasama dgn beliau utk membahan orang, agak terencat pd time-time yang spesifik dan pada wayar tertentu.


Nama: Dr. Hanani

Jawatan: Penolong Pengarah.

Speciality: Sakit tuan dan puan (orang kampung kata ObGen)

Tugas: Membantu menguruskan RS,

Part time: Waiter di restoran

Hobi: Menggatal , bermanja-manja dgn awek-aweknya, membahan dan dibahan, bergadoh dgn pengarah tatkala kebosanan.

Keistimewaan: Expert dalam sakit-sakit dalam, terer mengutarakan ayat yang poyo n bajet.

Ciri-ciri: Agak macho n tomboyish, skema (nampak je rock, tapi tidak berani melanggar arahan), dan agak poyo dalam berkata-kata.


Nama: Dr. Asyikin

Jawatan: Setiausaha RS.

Speciality: Farmasi.

Tugas: Menyediakan ubat yg di’prescript’ oleh doktor lain, menjaga n memelihara bilik yg penuh dengan file pasien.

Part time: Personal assistant kepala RS, model aircond daIKIN

Hobi: Gelak laju-laju (kalah woody woodpecker), memeriahkan cerita.

Keistimewaan: Terer dalam menguruskan pasien macam Harold, boleh paham segala macam bentuk tulisan dan bahasa (tulisan zaman paleolitik sampai la zaman sekarang), boleh gelak bersungguh-sungguh pada benda yang orang lain tak gelak.

Ciri-ciri: Kecil-kecil (lagi tinggi dari dwarf), perasan Barbie, agak bersabar w/pun sensitip, kesayangan pakcik baju oren.


Nama: Dr. Nabilalhuda

Jawatan: Treasurer

Speciality: Nutrisi n Diet

Tugas: Mengurus aliran keluar masuk uang RS, memastikan pasien mendapat nutrien yang sesuai.

Part time: Berniaga kt kafe RS, katering.

Hobi: Memasak makanan yang berkhasiat, makan seorang diri di dapur RS

Keistimewaan: Spageti buatannya sedap, tau secara terperinci vitamin n mineral yg terkandung dalam sesuatu makanan, jarang sakit.

Ciri-ciri: Kurus, tinggi, cerewet sedikit, muka bersepah di Kopro dan dapur RS, dikenali oleh pakcik dorong yang jual sayur.


Nama: Dr. Amirah

Speciality: Fisioterapi dan Rehabilitasi

Tugas: Merancang program rehab yg berkesan dan melaksanakannya.

Part time: Trainer Stone Cold

Hobi: Menampar, melempang, men’slap’ org, membuat bising di dapur RS.

Keistimewaan: Mempunyai kaedah menampar yg berkesan untuk rehab, kepala department RS yang paling maju dengan pasien yang cepat sembuh (sekali tampar je pasien terus sihat)

Ciri-ciri: Terkenal dgn kehebatannya menampar, senang mesra (bertepuk tampar dengan orang yang baru dikenali).


Nama: Dr. Adzwa

Speciality: Diagnostic

Tugas: Men'diagnose' segala macam penyakit yang tidak dapat dikesan oleh doktor lain (macam House la kononnye).

Part time: Juri Akademi Fantasia (pengganti Kudsia Kahar), pengacara tv (depan tv je bukan dalam tv)

Hobi: Merepek, meraban, berkelakuan pelik dan bercerita yang pelik.

Keistimewaan: Terer mengutarakn idea-idea dan hasil diagnosis yg merepek juga pelik (serta disokong oleh kepala RS)

Ciri-ciri: Petah berkata-kata, lincah bercakap-cakap, juga dikenali dgn O-Bombay.


Nama: Dr. Nadiah

Speciality: Forensic pathology

Tugas: Mengidentifikasi penyebab kematian seseorang.

Part time: Pembunuh upahan

Hobi: Melepak di bilik mayat ditemani kepala department psikologi, memeriahkan bilik mayat yang sunyi lagi sepi

Keistimewaan: Dapat mengidentifikasi cara kematian seseorang, semua pelan membunuh tersimpan dalam memori kepalanya, menyanyi satu line lagu shj selama 3 hari.

Ciri-ciri: Senyap, bercakap dan gelak tak henti-henti setelah d'trigger', gelap sedikit-->alel pigmen AaBbCc (kerana diselubungi aura kejahatan), misteri bagi orang yang tak berapa nak kenal.


Nama: Dr. Atiqah.

Speciality: Psychology and Mental Health.

Tugas: Memelihara dan memulihara kesihatan jiwa dan mental pasien.

Part time: Choreographer lagu Hindustan dan dangdut.

Hobi: Buat video clip, menyanyi lagu hindustan sambil menari

Keistimewaan: Boleh berfikir secara complicated, sukar menjawab soalan yang senang (cth: 1x1=?), boleh bercakap 5 bahasa (bahasa Melayu, English, Jawa, Arab, Hindustan).

Ciri-ciri: Gelak secara tiba dan tanpa berhenti, boleh dijumpai di bilik mayat atau di bilik kauseling, suka makan bunyi-bunyian.


Nama: Dr Hazirah.

Speciality: Orthopedic

Tugas: Mencover semua penyakit area tulang

Part time: Manager kilang buat anggota palsu.

Hobi: Membanting tulang, menghilangkan minda, buat sup tulang dari tulangnya sendiri.

Keistimewaan: Hebat menembak, menikam, menghentam, mentaram, dan meneka, expert dalam mengetahui kesemua nama tulang, titik, garis dan lekuknya dgn spesific

Ciri-ciri: Absent minded, kurus kering, sangat menggemari sup cendawan buatan kepala departmen anestesia, lemah gemalai, senang ditiup angin.


Nama: Dr. Suriani

Speciality: Pengimejan perubatan

Tugas: Mengesan ‘sesuatu’ yang disyaki dlm tubuh, bermain dengan alat radioaktif.

Part time: Tukang buat cermin dan bom nuklear.

Hobi: Menjaga imej, mencari cermin, menonton sambil berteriak ke'emo'an, buat video clip.

Keistimewaan: Mempunyai sepasang mata scanning, dapat mengesan dengan sekali lihat (terutama jejaka yang gagah dan tampan), sangat beremosi ketika menonton.

Ciri-ciri: Bersaiz sederhana, bersuara kuat di tempat yang hening lagi senyap, sangat berjimat cermat.


Nama: Dr. Fasihah.

Specialist: Pediatric.

Tugas: Menolong ibu-ibu yang risaukan kesihatan anak-anak mereka.

Part time: Babysitter dan cikgu tadika.

Hobi: Mengumpul gambar baby (bukan mengumpul baby),

Keistimewaan: Memahami 1001 bahasa bayi, boleh memandang rendah pada staff-staff yang lain.

Ciri-ciri: Tinggi ala model, lemah lembut, mempunyai sifat keibuan, gelak dengan keayuan dan sopan santun, selalu dilihat bersama dengan kepala departmen anesthesia.


Nama: Dr Fatiha

Specialist: Anesthesia

Tugas: Membantu surgeon, men’sedate’ pasien.

Part time: Kaunselor, membantu beruang polar tidur.

Hobi: Memberi ceramah penyuluhan, tidur (tidur pagi bangun pagi gak).

Keistimewaan: Expert mengutarakan argumen-argumen yang Pak Radjiman sendiri sukar untuk menyangkal, boleh men’sedate’ diri sendiri, terer mengampu orang.

Ciri-ciri: Amat menggelabah, speaking Chinese bila marah atau kelam kabut, dikenali dari jauh dgn selipar Shin Channya, terkenal di antara beruang kutub.



Rumah Sakit Gelak Laju-laju.


Alamat: Jl Tanjung Duren Timur 6 (bkn tg rambutan), No 204,

11470, Jakarta Barat, Jakarta, Indonesia.


No phone: Cari kt Yellow Pages.


Walaupun RS GLL kekurangan staff, tetapi kami dapat menguruskan RS dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Masalah kami yang kekurangan staff menyebabkan penasihat RS terpaksa mengetuai surgery di OR dan juga unit gawat darurat (UGD/ER). Kepada sesiapa yang bercita-cita untuk bekerja di RS kami, sila kirim resume anda ke alamat yang tertera di atas dan kami akan menghubungi anda melalui Yahoo Messenger. Terms and Conditions Apply. Sebarang kesulitan terhadap staff kami amat dikesali.

Yang menjalankan tugas,
Dr Shamsiah aka
Champz da Great,
Pengarah RS Gelak Laju-Laju.