Friday, January 23, 2009

Kami yang sudah berpunya~~

Pada asalnya kami tak nak dedahkan hal private nih. Bukan private sangat kan kalu bab-bab bercouple nih. Lagipun, kat telinga kami masih lagi terdengar sayup-sayup kekerasan semangat berkobar-kobar dekan UKRIDA mengiklankan couple disahkan berleluasa dalam kampus. Pertama kali nasihat berguna tu melekat kat dalam hati dan sanubari kami. Anatomi yang senang keparat pun kami susah nak ingat. Apatah lagi Dr.Darminto dah berpenat lelah duk tulis istilah kat whiteboard walau tulisannya hanya Shamala je boleh baca.



Nama : Yamapi
Tuan punya : champz
Alasan memilih : Cinta pandang pertama. Betul ke champz? Ntah-ntah dia saje je nak tumpang populariti Yamapi. Bila lalu jer dekat-dekat bilik champz, mesti terasa kepanasan aura jepun. Sebab itu lar bilik ko selalu panas champz. Bak kata champz lar, Yamapi tak kisah ape pun bangsa future wife dia kan. Lagi berapi lar semangat cinta champz. Kami tak kesah. Asal ko tetap waras sudah.




Nama : Valentino Rossi
Tuan Punya : Nanie a.k.a Mama
Alasan memilih : Rossi adalah seorang yang rendah diri dan professional lagi berkarisma. Lagi-lagi rambut kerinting dia memang menarik minat mama. Begitu hebat sekali pandangan nanie terhadap mamat nih. Korang tanya je pasal Rossi semua dia tahu. Pakwe la katakan tapi adakah Rossi juga mengenali mama kami? Alkisahnya, hari tu kami nampak Rossi dating dengan azie. Pe citer ma?



Nama : Mickey Yoochun
Tuan Punya : Azie crx
Alasan memilih : Pipi mickey. Dia ni memang pelik sikit bab memilih. Lagipun ada orang puji pipi dia sama dengan mickey. Lagi kembang lar hidung bila orang puji dia. Tapi badan azie dah tak boleh kembang sebab memang dah kering kontang. Walau air berzat ion ape pun korang bagi, tetap tak kembang-kembang jugak. Disebalik cintanya kepada mickey, boleh pulak bercinta dengan Rossi. Makanya....

Hal sulit tersebut diketahui Nanie a.k.a mama. Boleh pulak dia sound azie depan-depan kami. Mama ni memang terkenal dengan zaman pemerintahan kuku besi dia. Tapi kenapa mama marah azie jek sedangkan Rossi diendahkan? “Betul,betul,betul” jawab azie. Jawab mama ,“ Menjawab ek. Ko tu, makan jek tau. Alih-alih aku yang masak!!!”. Teman-teman, begitu mendalam maksud kata-kata mama.



Nama : Shin Chan
Tuan Punya : Fetty
Alasan memilih : Si dia boleh membuat hatiku bergolak dengan kencang ibarat laut yang bergelora. Omputih cakap ada sense of humor lar si Shin Chan ni. Fetty memang hebat lar bab berfilsafat sampai boleh bertikam lidah dengan Pak Radjiman hari tu. Tak gitu Fetty? Kami tak sangka lak Fetty berminat dengan orang yang lebih muda. Bertuahlah jejaka-jejaka muda diluar sana. Tp sayangnye, setinggi mana cintanya pada Shin Chan, Shin Chan hanya diletakkan di kakinya saja.



Nama : Aamir Khan
Tuan punya : Tiqah
Alasan memilih : Tiqah suka orang yang romantik. Sebab tu lar, tiap-tiap malam budak sebelah bilik dia boleh dengar dia duk hafal lirik lagu Hindustan. Siap dengan Nadiah lagi duk layan Tiqah. Nadiah tetap setia menemani dan memberi sokongan terhadap Tiqah yang dilamun cinta. Ntah-ntah Nadiah pun suka kat Aamir Khan. Berlaku cinta dua segi coz Aamir tetap sayang kat Tiqah. Cewah~



Nama : Michael Jordan
Tuan punya : Fasihah
Alasan memilih : Fasihah dah tak de pilihan lain. Dia memang tak kisah pun sape pakwe dia asalkan ada duit berjuta-juta. Cukup lar nak bukak Spa F dan cawangannya diseluruh dunia. Lagipun, agak susah nak carikan jodoh untuk Fasihah dek kerana ketinggian dia berbanding kami. Itu pun siap beli high heel lagi. Kalau duduk atas pelamin tu, nmpk fasihah dgn baju pengantin M. Jordan je.

Sekian saja. Bukan bermaksud yg lain-lain tu single..Tidak~~
Yang sudah berpunya bukan hanya mereka ber-6..
to be continued~~~~~